Monday, August 3, 2009

FARMASI SEKSI DAN GLAM


Farmasi : Seksi dan Glam


Farmasi Colour Cosmetic (FCC) adalah jenama baru dalam industri kecantikkan dengan konsep memastikan kualiti yang berpanjangan pada harga berpatutan. Ia mensasarkan semua peringkat pengguna. Produk yang berasal dari Istanbul, Turki ini didatangkan dalam variasi untuk muka, mata, bibir, kuku, penjagaan kulit dan aksesori (seperti make-up brush, blusher brush, foundation brush dan pencil sharpener).

Dengan tagline ‘It’s Sexy, It’s Glam, It’s FARMASI’, FCC mahu setiap penggunanya merasai aura ‘sexy’ dan ‘glamorous’. Produk ini telah pun berada di pasaran Malaysia sejak setahun yang lalu dan dikatakan diterima secara meluas oleh para pengguna.

Pada majlis pelancaran rasmi FCC baru-baru ini, bertempat di Sunway Hotel Resorts and Spa, para artis undangan berkolaborasi dengan juru make-up profesional, tampil menggayakan make-up jenama FCC.

Para artis yang terlibat di pentas peragaan termasuklah Zahnita, Dynas, Ekin, Noryn Aziz dan Emelda Rosmila. Sementara penata make-up yang terlibat adalah Nurul Syukor, Saidatulisa Amiuddin, Am, Ezral, Deq Sha dan Tiar Zainal.

Sumber :
http://www.gua.com.my by Nor Aida Ismail pada 4 Mar 2009